LaparPo
Tular Menu Sepinggan Nasi RM1.50 Di Nasi Kandar Sulaiman
Berita
Nasi Kandar Sulaiman

Kedai makan terkemuka di Pulau Pinang, Nasi Kandar Sulaiman memperkenalkan menu serendah RM1.50 yang boleh didapati di kedai mereka.

Kedai yang terkenal dengan menu nasi kandar yang penuh menyelerakan itu sebelum ini pernah tular selepas terdapat permintaan daripada orang awam.

Namun begitu, pemilik kedai tidak dapat berbuat demikian susulan keutamaan yang perlu diberikan pleh para pekerjanya yang mahu mengerjakan solat subuh lebih awal.

Baru-baru ini, tular menu yang bernilai RM1.50 yang menjadi pilhan pelanggan sekaligus menjadikan menu tersebut sebagai pilihan paling murah di kedai.

“RM1.50. Nasi separuh telur rebus, paling murah,” ujar laman Nasi Kandar Sulaiman.

Inisiatif itu mendapat sambutan baik para pelanggan yang menghargai usaha kedai tersebut untuk memberikan menu terbaik kepada pelanggan.

Selain itu, terdapat juga beberapa pilihan menu lain yang sering menjadi pilihan para pelanggan yang berkunjung ke kedai yang terletak di Georgetown tersebut.