LaparPo
Nasi Kandar Sulaiman Utamakan Solat, Lewat Buka Kedai Bersebab
Berita
Nasi Kandar Sulaiman

Berita mengenai pembukaan kedai Nasi Kandar Sulaiman (NKS) mula tular selepas kedai itu mendapat perhatian ramai susulan pembukaan yang lewat daripada kebiasaan.

Perkara ini akhirnya disuarakan oleh laman kedai itu sendiri selepas mendapat pelbagai respon daripada pelanggan yang sudah beratur seawal jam 6:30 pagi.

Katanya, kedai yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang ini memohon maaf namun tidak akan menukar waktu operasinya yang kekal bermula selepas solat subuh selesai.

“Kami minta maaf sebab tadi terpaksa buka kedai lambat pada pukul 6.45 pagi. Kami buka lepas solat subuh jadi sekarang waktu lambat jadi terpaksa buka kedai pun agak lambat sedikit.”

“Tetapi rasa kesian jugalah kepada pelanggan yang sudah pun beratur awal sebelum pukul 6.30 pagi. Ada juga beberapa orang macam tidak berpuas hati dengan kami.”

Nasi Kandar Sulaiman juga optimis untuk kekal dengan prinsip bagi menjaga solat para pelanggannya.

“Minta maaf, apa-apa pun kami akan utamakan solat subuh. Jadi kalau waktu lambat kedai pun kami akan buka lambat.Solatlah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti,” ujar Nasi Kandar Sulaiman.