LaparPo
Alif Satar Seru ‘Pejuang Subuh’ Banjiri Masjid Shah Alam Sabtu Ini
Berita
Alif Satar

Pempengaruh media sosial, Alif Satar menyeru orang ramai untuk datang membanjiri jemaah subuh yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini.

Penyanyi terkenal itu terkenal dengan usahanya untuk mengajak orang ramai menghadirkan diri ke masjid bagi mendirikan solat subuh secara berjemaah.

Menerusi satu perkongsian yang dilakukan olehnya di laman Instagram, kempen yang dilakukan itu telah menerima sambutan hangat selepas kira-kira 3000 orang peserta telah hadir pada gerakan yang dilakukan sebelum ini.

Kempen yang bermula dengan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, disusuli dengan acara bersenam beramai-ramai.

Kempen terbaru yang dikongsikan oleh Alif Satar menyaksikan beliau mengajak untuk para pengikutnya menghadiri Masjid Shah Alam pada hari Sabtu ini.

“Alif nak ajak kalian untuk sama-sama ke Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam pada 13 Januari 2024 dan bakal diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim Al-Makki.”

“Saya juga nak ajak kalian untuk sama sama kita berjogging selepas solat subuh berjemaah di taman sebelah selepas selesai,” ujarnya.

Kehadiran ke kempen subuh macam jumaat ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran selain sarapan juga bakal disediakan.