By Ezzat Shukri
Seorang pelakon veteran tanah air yang pernah membintangi filem MX3, Zul Yahya, tampil dengan pendapatnya sendiri mengenai isu Covid19. Dia berkata bahawa wabak berbahaya Covid19 ini adalah kononnya konspirasi yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam.
Malah, posting Zul Yahya baru-baru ini dengan mengatakan “Dajjal besar on the way” juga sungguh mengelirukan ramai.

Kenyataan tersebut membuatkan ramai netizen mendakwa bahawa seperti ianya berkait dengan vaksin Covid-19 yang baru sahaja tiba di Malaysia kelmarin.
“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak.” – katanya menerusi posting di laman Instagram dan Facebook peribadinya.

Zul turut memberi mengambil contoh dirinya yang tidak berpelajaran tinggi namun tetapi diberikan rezeki yang mencurah-curah sekiranya tidak berputus asa.

Namun begitu, kebanyakkan netizen menolak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.