Yeay! Boleh Tengok Pawagam

By Kimi

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan aktiviti riadah seperti menonton wayang, pertunjukan teater dan acara langsung (live event) boleh dijalankan bermula pada 1 Julai 2020. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun begitu tetapi ada beberapa garis panduan (SOP) yang perlu dipatuhi. 

Pengunjung yang ingin menonton wayang haruslah mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan iaitu dengan memakai Mask, penjarakkan sosial 1 Meter, mengambil bacaan suhu badan di pintu masuk dan sebagainya yang telah diamalkan sebelum ini. Jadi kapasiti dewan akan menjadi lebih terhad, untuk dewan (Hall) panggung wayang yang besar, limit penonton adalah seramai 250 orang. Maka untuk Hall yang sederhana dan kecil, kapasiti adalah kecil mengikut kesesuaian penjarakkan sosial.

Selain dari itu live event juga dibenarkan dengan menggunakan SOP yang sama. Tidak lama lagi konsert dan festival bakal dibenarkan untuk diadakan selepas 1 Julai. Pada warga Penang, adakah Georgetown Festival akan diadakan seperti biasa seperti tahun sebelum ini? Sama-sama kita nantikan. Georgetown Festival adalah acara terbesar di Pulau Pinang yang dijalankan setiap tahun, sama seperti pesta Pulau Pinang.

Dalam merialisasikan hasrat untuk mengadakan majlis, perhimpunan awam, kita haruslah berganding bahu dalam menghapuskan penularan virus Covid-19 di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. Ayuh Penang Lawan Covid.!!!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *