YA MEMANG AKU OBSES DENGAN DUNIA PERMOTORAN | ACHEY DAPAT ANUGERAH DARI HKMM

HKMM iaitu merupakan Himpunan Kelab Motor Malaysia yang sering menganjurkan event-event permotoran. Event HKKM sering mendapat kunjungan ramai daripada peminat-peminat sukan permotoran yang sering menyokong event HKMM ini.

Tidak kira usia yang dah berumur ataupun yang masih muda, HKMM sering mendapat sambutan hangat setiap kali mereka menganjurkan event permotoran. Bukan sahaja masyarakat setempat, malah artis-artis terkenal juga turut hadir dalam event tersebut untuk menghangatkan lagi sambutan event seperti ini. Terdapat banyak gerai-gerai makan dan minuman, jualan-jualan baju,sticker dan banyak lagi. Terdapat juga penjualan barang-barang motosikal yang tengah hangat di pasaran. 

HKMM juga ada membuat cabutan bertuah, pemberian hadiah dan banyak hadiah-hadiah menarik terdapat di event mereka. Baru-baru ini salah seorang pelawak tanah air kita telah mendapat achievement daripada HKMM iaitu Anugerah Ikon Permotoran dan beliau ada berkongsi perasaan beliau di dalam laman sosial media. 

“Sebenarnya tak terlintas di fikiran untuk mendapat gelaran ikon di dalam industri, apatah lagi di mata masyarakat yang meminati sukan permotoran Malaysia” katanya.

“Ya, memang aku obses dengan motosikal tapi tidak sampai ke tahap menjadikan diri ini ikon kerana aku berfikiran  ‘who am I’ , ramai lagi yang layak , ramai lagi yang jauh lebih baik daripada aku dan amat bersyukur diterima baik di dalam industri permotoran” katanya.

“Komuniti permotoran di @hkmm_officialmalaysia membuatkan aku rasa berbaloi berada di dalam di dunia permotoran ni. Dengan anugerah ini aku bertambah rapat dengan komuniti permotoran Malaysia. Terima kasih @hkmm_officialmalaysia,” luahnya.

SIAPA YANG BERKATA SEDEMIKIAN ?

Dialah pelawak tanah air iaitu Achey yang telah menerima Anugerah Ikon Permotoran Viral Malaysia 2019 atas penglibatan aktifnya dalam dunia permotoran anjuran dari Himpunan Kelab Motor Malaysia(HKMM).

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dalam satu majlis iaitu Event Himpunan Kelab Motor Malaysia yang berlangsung di Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah Melaka pada 30 November 2019.

Achey iaitu nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 33 tahun, berkongsi cerita gembiranya di satu laman media social iaitu Instagram pada 6 Disember 2019.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *