By Hapeaceuddin
Mi Band 5 Sah Akan Dipasarkan
Hari ini, telah sah berita tentang Xiomi Mi Band 5 akan dikeluarkan di pasaran dalam beberapa bulan lagi. Syarikat Xiomi kini sibuk untuk mendapatkan sijil pengeluaran bagi melancarkan produk terbaru mereka ini kepada peminat-peminat di luar sana dengan secepat yang mungkin. Apa yang menggembirakan ialah berita tentang display screen yang penuh kami share sebelum ini, ianya ternyata menjadi kenyataan. Xiomi Mi Band 5 didatangkan dengan display screen berukuran 1.2 inci OLED display! Ukuran bagi Mi Band 4 sebelum ini ialah 0.95 inci AMOLED. Kemungkinan mereka menggunakan OLED dan bukannya AMOLED bagi Mi Band 5 adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran. Skrin besar kan. Untuk pengetahuan anda, skrin AMOLED lebih berkualiti, cantik dan fleksibel berbanding skrin OLED. Kemungkinan juga wajah baru akan diperkenalkan untuk Mi Band 5 ini. mungkin juga akan sama seperti Redmi Band yang berbentuk Segi empat tepat dan tidak seperti bentuk Mi Band yang sebelumnya. Wallahualam. Sama-sama kita tunggu ye.