WAJAH BARU SONY PS5

Di acara ringkas khas Sony yang berlangsung hari ini di CES 2020, CEO dan Presiden PlayStation Jim Ryan mendedahkan secara rasminya rekaan logo yang akan digunakan pada konsol permainan terbaru mereka nanti iaitu PlayStation 5 (PS5)

Hanya logo sahaja yang didedahkan, bentuk rupa konsol masih belum didedahkan namun di beberapa website boleh ditemui model prototype Sony PS5.

Sumber : Digital Trends

Rekaan logo PS5 sebenarnya tiada banyak beza dengan logo bagi model konsol sebelum ini iaitu PS3 dan PS4.

Selain itu, Sony juga turut mengesahkan bahawa konsol permainan terbaru mereka itu akan mula dipasarkan kepada pembeli pada tahun ini juga. (Kemungkinan diantara bulan Oktober sehingga Disember tahun ini. Tiada tarikh tepat dinyatakan).

Disamping itu, Sony juga mendedahkan serba sedikit spesifikasi utama yang hadir untuk konsol permainan tersebut seperti sokongan audio 3D, paparan Ultra HD dan penggunaan storan pantas SSD.

Untuk anda yang berminat, bolehlah mula menabung daripada sekarang.

Sumber : IGN

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *