LaparPo
Tular Port Nasi Kandar Paling ‘Surr’ Di Perak
Berita
Laparpo

Bagi yang ingin merasai nasi kandar paling enak di Perak, pencinta makanan boleh saja bertandang ke Restoran Nasi Kandar Azeem Padupoikk di Kamunting.

Di sini, pencinta makanan pasti akan merasa puas menikmati nasi kandar dan pelbagai jenis lauk yang boleh disediakan.

Bagi yang ingin merasa kombinasi ayam bawang, bendi dan telur dadar, harga yang dikenakan juga berpatutan. Telur dadar hanya berharga RM10.50 dengan gabungan ayam bawang dan bendi pula berharga RM8.50.

Restoran Nasi Kandar Azeem Padupoikk juga unik kerana menyediakan sambal belacan buat pelanggan. Ini atas permintaan ramai pelanggan di situ yang mahu menikmati nasi kandar dengan sambal berkenaan.

Kombinasi nasi kandar dengan sambal belacan mungkin nampak pelik. Namun begitu, bila dirasai bersama-sama, kombinasi rasa pedas dan berempah tetapi enak begitu memuaskan.

Selain ayam bawang, pelanggan juga boleh memilih lauk lain untuk nasi kandar mereka.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah telur ikan pada harga (RM7.00), telur sotong (RM9.00), kambing (RM9.00), sotong (RM7.00), daging (RM7.00) dan ayam vanggey (RM3.50).

Tidak kira apa pilihan lauk yang dipilih pelanggan, keenakan nasi kandar Restoran Nasi Kandar Azeem Padupoikk tetap terasa.

Bagi pelanggan yang inginkan nasi lain selain nasi kandar, pelanggan juga boleh menikmati nasi beriani yang disediakan di situ.

Bagi yang ingin merasa nasi kandar di luar Pulau Pinang, cubalah bertandang ke Restoran Nasi Kandar Azeem Padupoikk. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga jam 7.00 malam.

Restoran ini terletak di alamat No. 4, Jalan Medan Kamunting 4, Medan Kamunting, 34600 Kamunting, Perak.