LaparPo
Tular Aksi Spontan Khairy Jamaluddin Sertai Persembahan Forteen
Berita
Hot FM

Selepas menyertai stesen radio Hot FM sebagai penyampai radio pada 2023, ada saja telatah Khairy Jamaluddin yang mencuri tumpuan pendengar setia stesen radio berkenaan.

Terbaru, beliau bersama rakan penyampai Geng Bekpes Hot secara spontan menyertai persembahan artis berkumpulan terkenal, Forteen semalam.

Persembahan ini merupakan sebahagian daripada keraian ulang tahun pertama Khairy atau mesra disapa KJ bersama Hot FM semalam.

Tatkala Forteen menyanyikan lagu popular mereka Berdua Bersatu, Geng Bekpes Hot terdiri daripada Farah Fauzana, AG, KJ dan Johan masuk dari belakang dan menyertai persembahan mereka.

Video Geng Bekpes Hot menyanyi bersama Forteen ini kemudiannya dimuatnaik ke laman media sosial rasmi Hot FM.

Video persembahan mereka kemudiannya tular di media sosial sejak semalam. Ini kerana ramai pendengar terhibur dengan persembahan spontan Geng Bekpes Hot terutama Khairy.

Malah, ada yang percaya seandainya Khairy kembali ke arena politik, beliau berpotensi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling mudah didekati semua.

Selain Forteen, antara artis lain yang membuat penampilan dalam keraian semalam ialah Joe Flizzow, Bunkface dan Butterfingers.

Rakan pengacara Khairy untuk podcast Keluar Sekejap, Shahril Hamdan turut membuat penampilan istimewa dalam keraian itu.