LaparPo
Tindakan Lelaki Batalkan Puasa Demi Cinta Tarik Perhatian Netizen
Berita
YWD

Tindakan seorang lelaki di Indonesia yang membatalkan puasa kerana mahu menemankan teman wanitanya makan mengundang perhatian warga maya.

Menerusi satu video yang dimuatnaik portal YWD di TikTok, si polan itu berbuat demikian kerana teman wanitanya itu baru saja datang bulan.

Disebabkan dirinya mengalami haid, dia tidak boleh menunaikan rukun Islam yang ketiga itu. Lantas, si gadis memilih makan di sebuah warung.

Kerana tidak mahu gadis berkenaan makan seorang diri, teman lelakinya itu kemudian memesan minuman sebelum minum dan menemaninya makan.

Tindakan lelaki tersebut menyentuh hati gadis berkenaan menerusi kata-kata ini, “Teman lelaki aku rela batal puasa demi menemani aku kerana aku datang bulan. Dan dia tidak mahu aku makan sendirian.”

Bagaimanapun, di ruang komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut. Ini kerana mereka menyifatkan perbuatan tersebut melanggar hukum agama dan sikap romantisnya ditunjukkan pada tempat yang salah.