LaparPo
Tiada Touch’N Go Punca Pelancong Jerman Tak Boleh Balik Rumah
Berita
Big_laddo

Tular sebuah video yang telah dimuat naik di laman media sosial Tiktok big_laddo semalam melibatkan beberapa pelancong dari Jerman terpaksa keluar dari bas RapidKL disebabkan tiada kad Touch’ N Go (TNG).

Dalam video tersebut memaparkan, tiga orang pelancong itu diarahkan turun oleh pemandu bas di hentian bas tepi jalan tidak berbumbung.

Pelancong itu dilihat tidak berpuas hati dan kecewa apabila tidak diberitahu awal berkenaan syarat-syarat menaiki bas memerlukan kad TNG dari satu tempat ke satu tempat.

Difahamkan tempat yang ditunggu mereka di hentian sekitar gombak dan mahu menuju ke destinasi ibu kota di Kuala Lumpur.

Mereka juga menjelaskan selepas kejadian itu berlaku, mereka tidak tahu cara macam mana nak pulang ke rumah tempat penginapan mereka.

Rata-rata netizen di komen video tersebut memberi banyak cadangan kepada pelancong itu agar mencari sendiri di laman google sebelum melakukan aktiviti di luar.

“Kami dah lama tunggu bas. Kami kecewa sangat sebab tak boleh naik bas. Tak ada maklumat pun tentang cara kami untuk bayar tiket bas. Bila dah masuk bas, baru cara bayar macam itu rupanya. Sekarang kami tak tahu macam mana nak balik rumah.” jelas pelancong itu di dalam video.