The Reds Merangkul Juara Setelah 30 Tahun!!!

By Luqhman Hakim

Setelah 30 tahun berkelana, akhirnya Liverpool berjaya menjulang piala Liga Perdana Inggeris (EPL) buat julung kalinya. Kemenangan Liverpool di Anfield ke atas Chelsea memastikan The Reds menjadi juara pada musim kali ini. Pasukan Jurgen Klopp menewaskan pasukan lawannya Chelsea dengan jaringan 5-3 awal pagi ini dan ini menunjukkan bahawa mereka sememangnya layak untuk menjulang piala tersebut pada musim kali ini. Pada tahun 1990, Liverpool menjulang piala tersebut kini pada tahun 2020 mereka kembali merangkul kejuaraan tersebut.

Disamping merangkul juara setelah berkelana selama 30 tahun, Pasukan Jurgen Klopp juga menjadi pasukan yang menjuarai saingan EPL paling awal dalam sejarah dengan berbaki 7 perlawanan sebelum menamatkan saingan di EPL. Namun, hasrat Klopp untuk mendapatkan 100 mata di saingan ini telah gagal apabila mereka tewas semasa menentang Arsenal dan Manchaster City.  Namun, perbezaan 18 mata dengan pasukan Pep Guardiola memastikan mereka menjadi juara.

You’ll never walk alone!

Lagu ini akan sentiasa menjadi ingatan bagi kesemua penyokong The Reds apabila mereka berjaya merangkul juara EPL awal pagi tadi. Sesungguhnya The Reds memang layak memenangi saingan kali ini kerana mereka menunjukkan prestasi yang sangat hebat kali ini. Jadi, mampukah pasukan Liverpool mempertahankan kejuaraan mereka pada musim hadapan atau mereka perlu menunggu 30 tahun lagi untuk merangkul kejuaraan EPL???

Tahniah Liverpool!!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *