LaparPo
“Terima Kasih Untuk 7 Bulan” Lelaki Sebak Terpaksa Bercerai Dengan Isteri
Berita
khairulkenit

Seorang pengguna TikTok mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisah dirinya terpaksa bercerai dengan isteri selepas berkahwin selama tujuh bulan.

Pengguna TikTok bernama khairulkenit itu telah melafazkan talak terhadap isterinya di Mahkamah Syariah Alor Setar baru-baru ini.

Meskipun mengakui ini satu keputusan yang berat, dia melihat ini sebagai satu ujian dan ketentuan daripada Allah s.w.t buat mereka berdua.

Dia berharap apa yang terjadi ini dapat dijadikan pengajaran buat mereka berdua bila kembali menempuh kehidupan seperti biasa.

Khairulkenit kemudiannya melafazkan penghargaan kepada wanita tersebut kerana menjadi isteri yang baik buat dirinya dalam tempoh tujuh bulan mereka berkahwin.

“Saya harap awak dengan saya sama sama kuat untuk terima ujian dari Allah. Mungkin jodoh kita tak panjang tapi kita yakin dengan perancangan Allah. Insya Allah kalau ada jodoh kita jumpa lagi.

“Saya ambil awak dengan cara baik dan saya pulangkan awak dengan cara baik. Semoga apa yang berlaku kita ambil satu pengajaran buat kita berdua.

“Terima kasih menjadi isteri yang sangat baik selama tujuh bulan berumah tangga. Halalkan makan minum yang awak hidangkan untuk saya. Saya ampunkan dosa awak dunia akhirat,” katanya di hantaran TikTok semalam.

Di ruang komen, ramai pengguna TikTok yang sayu mendengar kisahnya. Ada yang memuji sikap budiman khairulkenit kerana memilih berpisah dengan isteri secara baik.

https://www.tiktok.com/@khairulkenit/video/7327857710022675720

Tidak kurang juga yang mendoakan jodoh kedua-duanya dapat bertaut kembali semasa tempoh edah berjalan.