Ha, selalu hampa dok makan kuih seri muka pandan ja kan. Harini mai hampa cuba seri muka versi durian. Alang-alang dah masuk musim durian ni boleh la hampa cuba. Bahan-bahan yang hampa perlukan ialah :
Bahan bawah
• 1 1/2 cawan beras pulut
• 1 kotak kecil santan
• Sedikit garam
• 1 helai daun pandan
Bahan atas
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 tbsp tepung beras
• 1/2 tbsp tepung kastad
• 1/2 tbsp tepung jagung
• 1 cawan durian
• 1 cawan air
• 1/2 cawan santan
• 1/2 cawan gula kastor
• Sedikit pewarna kuning
• 1 biji telur
- Rendam beras pulut sekurangnya 2 jam. Kemudian gaulkan dengan santan dan garam. Letakkan daun pandan. Kukus selama 30 minit atas sehingga pulut masak.
- Apabila pulut sudah masak, padatkan pulut ke dalam loyang 7 inci.
- Sekarang, kita buat adunan untuk lapisan atas.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kacau rata.
- Masak sehingga adunan suam sahaja.
- Tuangkan adunan ke atas pulut tadi. Kukus lagi 15-20 minit.
Dah siap kukus sejukkan dulu baru boleh makan. Dah siap! Ha senang ja kan. Boleh la buat juadah untuk berbuka nanti. Selamat mencuba!