STRATEGI PEMULIHAN BERPERINGKAT PULAU PINANG

By Jarvis

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada masih berkuat kuasa di Pulau Pinang.

Dalam kata lain, hanya mereka/pihak/syarikat yang dibenarkan beroperasi dan berkerja pada Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 PKP sahaja dibenarkan untuk meneruskan pergerakan masing-masing seperti dalam fasa-fasa PKP sebelumnya tanpa sebarang perubahan termasuk syarikat pengangkutan awam.

STRATEGI PEMULIHAN BERPERINGKAT PULAU PINANG:

Rakyat Pulau Pinang diingatkan bahawa PKP masih belum tamat sehingga 12 Mei 2020. Justeru, semua aktiviti luar rumah selain pekerjaan yang dibenarkan, adalah dilarang.

Kecuali dinyatakan dengan jelas dalam jadual ‘Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang’ yang bakal diumumkan, semua sektor hanya dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja persiapan mematuhi SOP dalam Fasa 1, dan operasi penuh berpandukan SOP MKN hanya boleh dilaksanakan dalam Fasa 2 iaitu 8 Mei 2020.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses melaksanakan strategi pemulihan berperingkat :-

Dalam pada itu, senarai sektor yang dibenarkan beroperasi bermula 8 Mei 2020 berdasarkan keputusan mesyuarat JKKN adalah sebagaimana di bawah:-
• Pengangkutan (udara, darat)
• Makanan (untuk pembungkusan makanan sahaja)
• Perkhidmatan ikhtisas dan profesional
• Pembuatan
• Kewangan
• Gas
• Lombong dan kuari
• Elektrik
• Pertanian (padi dan beras)
• Perikanan
• Penternakan
• Komunikasi
• Teknologi maklumat
• e-dagang
• Alam sekitar
• Bekalan air dan pembentungan IWK
• Pembinaan
• Guaman
• Kawalan Keselamatan
• Pembersihan
• Pengurusan strata
• Kewangan (kredit komuniti dan pajak gadai)
• Perhotelan
• Peruncitan
• Agensi-agensi Kerajaan Negeri/PBT/Badan-badan Berkanun/GLC Kerajaan Negeri

Senarai sektor yang dibenarkan beroperasi bermula 13 Mei 2020 adalah seperti berikut:-
• Sukan
• Perpaduan
• Rukun Tetangga
• Koperasi
• Agrikomoditi
• Penyelidikan hutan
• Pengurusan hutang
• Industri kreatif
• Kebudayaan dan kesenian

Dua sektor yang masih dalam pertimbangan dan tidak dibenarkan adalah:-
• Pendidikan
• Sektor penjagaan sosial (taska)

Untuk mendapat info yang sahih boleh melayari :

https://www.facebook.com/pg/penanglawancovid19/posts/?ref=page_internal

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *