LaparPo
Steamboat Luar Biasa Mula Tambat Hati Penduduk Pulau Pinang
Berita
Laparpo

Sebuah restoran di Pulau Pinang mula menambat minat pelanggan dengan memperkenalkan menu steamboat yang luar biasa.

Menu yang dimaksudkan ialah menu steamboat belangkas yang diperkenalkan Restoran Abang Jit Ikan Bakar HQ di Georgetown, Pulau Pinang.

Lebih menarik, menu ini boleh dinikmati secara berkumpulan sama ada membabitkan ahli keluarga mahupun rakan-rakan pada harga berpatutan iaitu RM36.

Pelanggan tidak perlu risau kualiti bahan steamboat yang disediakan Restoran Abang Jit Ikan Bakar HQ. Ini kerana bahannya terdiri daripada makanan segar terutama makanan laut dan berkualiti tinggi.

Pelanggan juga boleh memilih sos sebagai sos cicahan. Restoran Abang Jit Ikan Bakar HQ menyediakan sos keju, sos lada hitam, sambal kicap dan sambal belacan sebagai pilihan cicahan.

Restoran Abang Jit Ikan Bakar HQ turut memberi pelanggan pilihan dari segi kuah steamboat. Bagi yang gemarkan steamboat pedas, mereka boleh memilih kuah tomyam.

Sementara bagi yang inginkan sesuatu yang kurang pedas dan boleh dinikmati semua termasuk kanak-kanak, mereka boleh memilih kuah sup ayam.

Sementara menunggu steamboat masak dan sedia untuk dinikmati, pelanggan boleh memilih makanan yang disediakan restoran seperti nugget goreng, nasi goreng, mi goreng dan kek.

Tidak kira apa pilihan yang diambil, pelanggan melihat kos RM36 untuk steamboat restoran tersebut sebagai berbaloi.

Bagi yang ingin mencuba steamboat Restoran Abang Jit Ikan Bakar HQ yang lain dari yang lain itu, boleh bertandang di alamat 216, Jalan Ayer Itam, Georgetown, 10460 Georgetown, Pulau Pinang.