Smoothie DragonFruit Creamy Filling!

By Shifa

Bosan duk rumah kan, mesti nak cipta macam macam menu yang simple, mudah dan cepat. So Jom kita try menu air buah ini, rasa yang fresh dan berlemak. Minum waktu panas panas, memang sedap !

Bahan yang diperlukan :

sebiji buah naga (dibuang kulit & dipotong dadu)

1 cawan air ais krim soda / boleh diganti dengan yogurt

4 sudu besar aiskrim perisa vanilla

• gula halus 1 ke 2 sudu ( ikut tahap kemanisan anda mahu)

Kalau takda air aiskrim soda, guna air biasa boleh ?

Yaa boleh, tapi perlu ditambah susu pekat sedikit, dan tidak perlu gula. Dan boleh juga gunakan yogurt untuk rasa yang masam² lemak

Cara Penyediaan

masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sehingga sebati.

masukkan ais kiub ke dalam gelas dan tuang bahan2 yg telah di blend tadi.

Bahan untuk Cream filling

  • 2 ke sudu marjerin
  • 1 setengah sudu gula halus
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 1 sudu besar susu tepung / creamer
  • Campurkan semua bahan, dan putar sehinggang kembang, ringan dan halus.

kemudian, anda boleh ambilkan gelas isikan dengan smoothie, dan letakkan creamer di atas. Dan boleh juga diletakkan didalam gelas dahulu sebelum tuang smoothie, ikot atas pilihan dan citarasa anda ! its Donee !!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *