PEMBELOT SILICON VALLEY YANG MEREVOLUSIKAN DUNIA

Dalam sehari anda mesti guna Google untuk membuat carian di web, telefon kawan anda menggunakan Iphone, update diri anda dengan cerita-cerita baru kawan anda atau berita terkini di Facebook. Semua syarikat ini telah lahir dari sebuah tempat yang dinamakan Silicon Valley yang terletaknya di California.

Silicon Valley merupakan tempat yang sangat menarik kerana banyak usahawan-usahawan dengan idea “gila” telah revolusikan dunia kita yang banyak menyenangkan kita iaitu ciptaan-ciptaan teknologi yang ‘superb’. Tetapi Silicon Valley ini sebenarnya bermula dengan pembelotan 8 orang rakan terhadap syarikat lama mereka iaitu ‘Shockley Semiconductor Laboratory’.

Pembelotan ini telah lahirnya ‘Fairchild Semiconductor’ iaitu antara ‘founder’ mereka adalah Robert Noyce orang yang telah menubuhkan Intel & mentor kepada Steve Jobs founder Apple Computer. Siapa yang tidak kenal Intel syarikat multi nasional yang telah mempengaruhi dunia perkomputeran. Mereka semua yang keluar dari syarikat ‘Shockley Semiconductor’ & menubuhkan syarikat ‘Fairchild Semiconductor’ digelar ‘Traitorous Eight’ yang bermaksud lapan pengkhianat. Antara list founder ‘Fairchild Semiconductor’ adalah :

  1. Julius Blank
  2. Victor Grinich
  3. Jean Hoerni
  4. Eugene Kleiner
  5. Jay Last
  6. Gordon Moore
  7. Robert Noyce
  8. Sheldon Roberts.

Fairchild Semiconductor bermula dengan Eugene Kleiner ke New York untuk mencari pelabur dengan alasan pada syarikat untuk pergi melawat exhibition di Los Angeles. Mereka berjaya untuk mendapat pelaburan dari Arthur Rock & Alfred Coyle yang bekerja di Hayden, Stone & Co. Antara yang meyakinkan pelabur adalah mereka semua yang akan menubuhkan Fairchild Semiconductor adalah anak buah kepada pemenang Nobel Laureate William Shockley iaitu boss mereka.

Fairchild Semiconductor berjaya menjadi antara syarikat yang ternama dalam mengeluarkan produk-produk semikonduktor. Fairchild Semiconductor juga merupakan inkubator yang telah melahirkan Intel & AMD. Siapa sangka revolusi dunia ini bermula dengan pembelotan 8 orang rakan terhadap boss lama mereka untuk memulakan syarikat sendiri.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *