SIAPA PALING KING DI ATAS JALAN?

Sudah kita sedia maklum di Malaysia memang terkenal dengan penduduknya yang meminati motosikal jenis moped. Sama seperti negara-negara jiran yang lain, kita dapat lihat pengguna jalan raya menggunakan motosikal jenis moped dimana-mana sahaja. Antara supercub moped yang menjadi king di Malaysia ialah Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i. Akan tetapi yang mana satukah king di atas jalan? 

Bagi yang mencari kelajuan sudah pastinya jatuh kepada SYM VF3i. Dengan 183cc moped ini mempunyai 6 gear dan menghasilkan 17.7 hp pada 8,500 rpm. Di tangga kedua ialah Honda RS150R yang mempunyai 6 gear 150cc dan menghasilkan 15.4 hp pada 8,500 rpm. Bagi Yamaha Y15ZR mempunyai 5 gear manakala Banelli RFS150i mempunyai 6 gear tetapi mempunyai persamaan 150cc dan menghasilkan 15.1 hp pada 8,500 rpm. Ini menjadikan SYM VF3i sebagai moped paling tinggi cc diantara moped yang lain. Jangan dikira la Y15ZR stage 5 jackrod yang tukar tayar sotong, blok 66, cam sbk dan pakai ECU siap tunning atas dyno lagi. Tapi sayang tak boleh ikut konvoi pergi Danok. Rugi betul. Buat moto bak bangsawan tapi simpan rumah. Biar tak laju janji nampak jahat. 

Bagi berat pula Y15ZR tampil sebagai juara dengan berat 115kg diikuti oleh Honda RS150R 123kg, SYM VF3i 124kg, dan Banelli RFS150i seberat 126kg. Tidak hairanlah Banelli RFS150i sangat berat diantara yang lain. Ekor pon besi memang beratlah. Tapi untung Banelli RFS ialah motosikal ini menggunakan suspension upside-down. Memang sedaplah. Jatuh lubang pun tak lah terasa sakit. Kalau Y15ZR memang sakitnya tak tertanggung lagikan pula yang turunkan fork depan. Aduhai sakit sungguh!. 

Untuk sistem brek pula, SYM VF3i tampil di hadapan dengan sistem brek dual-piston yang dapat memegang 250 mm disk brek di hadapan manakala Honda RFS150i juga menggunakan dual-piston dengan 240 mm disk brek. Bagi Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R pula, keduanya menggunakan single-piston caliper. Tidak hairanlah ramai pengguna Y15ZR yang upgrade caliper mereka kepada Brembo 4 piston. Tambah-tambah yang pakai head besar stage 2 ke 3. Single piston mana cukup nak brek. Bangsawan la katakan. Beli sendiri tak apa jangan curi pula. Kalau tidak ada duit tu pakai jela Brembo Telend. Tapi kalau brek tak makan jangan marah saya pula ye. Biar biasa tak bergaya janji tak berbahaya. 

Harga pasaran untuk keempat-empat supercub ini juga tidak sama. Bagi SYM VF3i harga di pasarannya ialah RM8,647. Honda RS150R RM8,478. Yamaha Y15ZR RM8,631 dan Banelli RFS150i RM7,778. Tetapi apabila diriki di kedai, standard harga untuk Moped 150cc ialah sekitar RM10K dan yang paling murah ialah sekitar RM9,600. Itu tak masuk lagi yang bayar bulanan. Dianggarkan boleh mencecah RM13K. Matilanak. 

Jadi, kesimpulannya setiap moped supercub ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Untuk yang standard sama sahaja. Meter cut off jugak. Jangan la kita amalkan sikap kroni. Lebih kurang sama sahaja lajunya. Konvoi la sekali ke danok. Jangan nak tunjuk lagak sangat ka atas jalan tu. Bagi budak-budak baru nak up acah-acah laju tu, moto mak bapak yang belikan. Jadi tak payah nak belagak. Lagi satu, belilah motosikal mengikut kemampuan anda. Jangan bebankan diri dan mak bapak untuk Nampak cenggey di atas jalan. Biar moto standard tapi jahat, gaji masyuk poket tak rabak. 

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *