LaparPo
Setiap Bulan Rugi RM30 Ribu Punca Kedai Ustazah Asma Harun ‘Gulung Tikar’
Berita
Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma Harun pasrah dengan kerugiannya yang ditanggung sehinggakan restorennya terpaksa ditutup.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Ar Rayyan Channel di Tiktok, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa kerugian mencecah lima angka yang harus ditampung oleh beliau setiap bulan.

”Kami tidak mampu lagi menampung kerugian setiap bulan, setiap bulan kita negatif (rugi) lebih kurang RM 30 ribu,” katanya di dalam video tersebut.

“Lepas sebulan kita meniaga, kita pun tanya akauntan, ada berapa duit dalam akaun? Ada RM 2000 sahaja. Habis tu nak bayar gaji pekerja dalam RM 30,000. Bayar sewa lagi,” ujarnya lagi.

Beliau juga mendedahkan terpaksa melakukan pelbagai cara bagi memastikan restorennya yang bernama, Momen Cafe terus kekal meskipun dilanda kerugian.

”Kami meminjam, kami keluarkan simpanan apa yang ada dan kami jual apa yang ada,” dedah beliau lagi.

Baginya, peningkatan harga barangan mentah menjadi faktor penutupan restoren beliau ditambah pula, rasa gusar untuk menaikkan harga makanan.

”Kami nak naikkan harga (makanan) kami tak sanggup, padahal kos operasi untuk restoren lagi ada makanan laut sangat tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang.”

Beliau juga membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membeli perniagaan restoren beliau yang terletak di Senawang itu.

Video penuh penjelasan Ustazah Asma’ Harun: Di sini