Seramai 73 kakitangan KKM positif Covid-19

By Hapeaceuddin

Seramai 73 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif Covid-19. Namun jangan panik kerana berdasarkan siasatan, punca jangkitan semua kakitangan yang terbabit bukanlah disebabkan pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4%) adalah berkaitan majlis perkahwinan yang mereka hadiri dan juga yang menghadiri perhimpunan tabligh baru-baru ini. Bagi peratus lain adalah berpunca daripada sejarah melawat ke luar negara dan kontak keluarga yang positif Covid-19.

Setakat ini seramai 1,895 anggota yang menguruskan pesakit Covid-19 di fasiliti KKM menjalani ujian pengesahan dengan 1,187 daripadanya negatif. Seramai 708 orang masih lagi menunggu keputusan. Mari kita sama-sama berdoa agar semua anggota kesihatan dan anggota barisan hadapan sentiasa sihat dan bebas daripada Covid-19.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *