SEORANG PEMUDA DITEMBAK MATI KETIKA MELAKUKAN ‘PRANK’

by Ezzat Shukri

Seorang lelaki berusia 20 tahun mati setelah dia ditembak semasa mereka melakukan prank rompakan untuk laman Youtube, menurut polis Nashville.

Timothy Wilks ditembak mati di tempat letak kereta Urban Air Trampoline dan Adventure Park sekitar jam 9:25 malam. Jumaat, menurut kenyataan Jabatan Polis Metropolitan Nashville. Ketika pegawai tiba, David Starnes Jr, 23 tahun, mengakui bahawa dia telah menembak Wilks, kerena dia percaya dirinya dan orang lain berada dalam bahaya.

Menurut polis, Wilks dan seorang rakan mendekati sekumpulan orang, termasuk Starnes, dengan pisau pemotong daging. Ia sepatutnya menjadi prank rompakan untuk video YouTube, kata salah sorang rakan kepada para detektif.

Starnes memberitahu polis bahawa dia tidak tahu mengenai prank tersebut. Tidak ada tangkapan dibuat, dan polis mengatakan mereka sedang menyiasat sama ada Starnes bersalah atau bertindak mempertahankan diri.

Video pranks rompakan masih tetap popular di YouTube, dengan beberapa video mendapat berjuta-juta tontonan. Pada bulan Ogos, si kembar Stokes didakwa dengan tuduhan kejahatan dan pelanggaran yang berkaitan dengan dua kesalahan rompakan bank yang mereka buat untuk 6 juta pelanggan mereka. Peguam bagi si kembar telah mengatakan bahawa kedua-duanya tidak melakukan kejahatan dalam pembuatan video mereka.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *