SELAMAT TINGGAL SPURS

By: Afiq

Penyerang berbisa Harry Kane memberi kata putus ingin meniggalkan Tottenham pada hujung musim ini.

Pemain berusia 27 tahun itu ingin menyelesaikan perkara ini sebelum bermulanya euro 2020 yang akan berlansung pada 11 Jun ini.

Setelah beraksi bersama Spurs sebanyak 9 musim, Kane berasa kecewa kerana belum boleh merangkul sebarang piala bersama Spurs, oleh itu dia ingin meninggalkan kelab tersebut dan menyertai kelab atasan yang berada di Liga Perdana Inggeris.

Dengan jaringan sebanyak 220 gol dan 334 penampilan bersama Spurs, Harry Kane telah diangkat sebagai antara peyerang terbaik di dalam dunia. Dengan rekodnya yang luar biasa, Kane menjadi pilihan banyak kelab-kelab besar di Eropah.

Walaupun kontraknya berbaki lagi 3 tahun, namun Kane masih tetap dengan pendiriannya.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *