Seksi! Fakta Kulit Hitam Manis…

By Shifa

Semakin hari semakin ramai yang inginkan kulit yang putih bak artis artis korea tu kan, dan ramai juga yang habiskan wang ringgit untuk dapatkan kulit yang cerah dengan cepat dan dalam masa yang sama dalaman tak sihat pun huhuu

Selama ini pemikiran individu lebih kearah “kulit putih bersih itu adalah cantik, dan kulit gelap tidak cantik dan tak bersih”, Jangan percaya dengan kenyataan mengarut. Media sekarang juga banyak mempamerkan produk produk untuk cerahkan kulit dengan cepat dan menarik ramai netizen untuk membeli. Jika nak dibandingkan tona kulit sawa matang atau hitam manis ini lebih sihat dan bersih. Jom kita baca kelebihan orang kulit sawa matang atau hitam manis

1 Kurang Risiko untuk Dapat Kanser Kulit

Kulit cerah umpama permukaan lut sinar yang membuatkan sinaran UV mudah tembus sehingga ke lapisan kulit paling dalam dan kekurangan melanin. Bila lebih banyak melanin, risiko untuk mendapat kanser kulit lebih rendah kerana cahaya ke kulit tidak terus masuk yang boleh menyebabkan kulit senang sunburn dan sebagainya. Melanin juga dikaitkan sebagai sunblock semulajadi ! wow best kan, tak perlu lagi sapu sunblock kat muka.

2 Lambat Sunburn dan Susah Ada jerawat

Matahari lebih mudah terasa kepada orang yang memiliki kulit yang putih kerana melaninya sedikit yang menyebabkan gatal gatal, kulit kering, sunburn dan kemerahan. bagi yang berkulit hitam manis, mereka sukar merasa kesan tersebut ( ada tapi lambat) dan yang bestnya kulit mereka banyak terhasil melanin dan sukar untuk naik jerawat sbb kulit mereka terjaga dengan sel semulajadi dari terdedah dengan kotoran.

3 Proses Penuaan lambat

Seperti yang kita tahu, kulit yang terdedah kerap dengan matahari lebih muda nampak tua bagi yang berkulit cerah, dibandingkan dengan berkulit sawa matang atau hitam manis. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan melambatkan tempoh penuaan termasuklah kenaikkan pigmentasi, kedutan dan jeragat di wajah

4 Tubuh Berfungsi Lebih Sempurna dan Sihat

Melanin hanya digunakan untuk menentu warna kulit dan rambut seseorang. tapi sebenarnya melanin juga tentukan fungsi tubuh yang baik, melanin sebenarnya adalah sumber yang kekalkan fungsi tubuh kerana dapat bantu otak dan saraf berfungsi dengan baik, bantu mata untuk melihat serta menggalak pertumbuhan sel.

5 Lebih Seksi dan Anggun

Jika dibandingkan dengan orang berkulit cerah, orang yang memiliki kulit hitam manis ini juga adalah lebih berseri dan anggun jika di makeup, dan yang specialnya kulit gelap ini mereka susah untuk naik jerawat atau pun bintik pada wajah, jadi bila dimakeup wajah mereka lebih anggun dan seksi jika warna yang dimainkan pada muka sesuai.

Bagi yang berkulit gelap kat luar tu, jangan malu okay ! anda sebenarnya cantik sangat. Proud of you, be you, be yourself!
Yang asalnya berkulit putih, anda juga cantik dan menawan.

“Yang tak cantiknya kalau asal gelap, tapi diputihkan guna krim timbang sampai nipiskan kulit! “

Dark is Beautiful”. 💯

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *