Syarikat bas penumpang terkemuka, Sani Express terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan mereka termasuk memperkenalkan bas terbaru syarikat berkenaan.
Pada 15 Februari lalu, Sani Express memperkenalkan bas panjang terbaru mereka iaitu bas jenis Volvo Alpha DD12.
Bas-bas ini sedang menjalani proses pembinaan dan sudah 90% siap. Sekiranya proses pembinaan bas berjalan lancar, Sani Express dijangka menggunakan bas ini untuk laluan Kelantan, Terengganu , Kuantan ,Kedah, Perlis dan Pinang.
“Melawat bas-bas SANI Volvo Alpha DD12. Panjang bas 13.5m yang sedang di dalam pembinaan, 90% siap dan akan memulakan perhidmatan bagi laluan Kelantan, Terengganu , Kuantan ,Kedah, Perlis, Penang, tidak lama lagi, Insya Allah,” kata pengurusan Sani Express dalam satu hantaran di TikTok.
Ramai pengguna TikTok teruja melihat keadaan dalam bas baru tersebut. Ini kerana suasana dalam bas bukan saja nampak mewah tetapi juga selesa.
Seorang pengguna TikTok, Fiq bobby menyifatkan kerusi bas baru ini nampak cantik dan selesa. Dia turut menyatakan rasa tidak sabar menaiki bas baru itu bila ia tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
“Masya Allah, lawanya kerusi itu. Tak sabar nak tunggu (bas baru Sani Express) masuk TBS,” katanya di ruang komen.
Ramai memuji kesungguhan Sani Express dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan termasuk jenis bas yang digunakan untuk para penumpang.