SANG JUARA TERCIDUK LAGI?

By: Afiq

Juara Liga Perdana Inggeris musim lepas telah berjaya dibenamkan di kawasan sendiri. Kekalahan semalam telah membuatkan Liverpool ketinggalan sebanyak 7 mata dibelakang Manchester City. Impian mereka untuk mempertahankan ‘title sang juara’ semakin kabur apabila Steven Alzate berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan muntah di dalam kotak penalti Liverpool.

Jurgen Klopp ( jurulatih Liverpool) seperti hilang magiknya kerana sudah tiga perlawanan secara berturut di Anfield tanpa sebarang jaringan walaupun pemain utama mereka Mo Salah dan Roberto Firmino diturunkan. Sebayak satu ‘shot on target‘ dilakukan sepanjang tempoh 90 minit tersebut. Kehilangan pemain seperti Virgil Van Dijk sejak Oktober lalu memberikan kesan yang negatif di bahagian pertahan The Reds sehingga pemain tengah dan juga kapten iaitu Jordan Henderson terpaksa diturunkan di bahagian pertahanan bagi mengukuhkan lagi benteng pertahan mereka.

Namun, Liverpool berjaya mendapatkan beberapa pemain baru untuk musin perpindahan Januari lalu dengan membawa masuk pemain seperti Ben Davies dan juga Ozan Kabak ( secara pinjaman).

Akhir kata, admin mendoakan semoga Liverpool sekeluarga mengambil masa untuk bermuhasabah dan membaiki cacat cela yang ada agar tidak terciduk lagi untuk perlawanan yang akan datang.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *