Sambal Ajaib Untuk Masakan Harian

By Hapeaceuddin

Sambal ni hampa boleh buat apa saja. Nak tambah dalam masakan boleh, nak masak dengan ayam boleh, nak makan saja dengan nasi pon tak dak masalah. Boleh buat banyak-banyak untuk simpan dalam peti ais. Nak guna nanti just bawak keluar ja. Bahan-bahan yang hampa perlukan ialah :
Bahan-bahan

• 3 biji tomato
• 1 biji bawang besar
• 5 ulas bawang putih
• 3 tangkai cili hidup
• 15 tangkai cili padi
• 1 inci belacan
• 50g ikan bilis
• Gula
• Kiub pati ayam

  1. Kisar ikan bilis secara kasar dan ketepikan
  2. Tumis bahan-bahan lain dengan sedikit minyak sehingga lyu, kemudian kisar kasar
  3. Tumis kembali sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan bilis tadi
  4. Tumis lagi dan perasakan. Setelah kering, sedia dihidang.

Dah siap. Ha senang ja kan. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *