SALAH FAHAM MENGENAI ISU ‘PENJARA USTAZ EBIT LEW’

By Ezzat Shukri

Beberapa hari lepas, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew memohon maaf menerusi sebuah postingnya di laman Facebooknya kepada penduduk di Semporna, Sabah kerana terpaksa menghentikan misi bantuan ke sana disebabkan faktor tertentu. Menurutnya, dia boleh dikenakan denda sehingga RM100k atau penjara sekiranya meneruskan misi tersebut.

Laporan terkini, menerusi Astro Awani, pihak Pesuruhjaya Polis Sabah memberi respon bahawa mereka tidak melarang untuk Ebit Lew dan pasukan sukarelawan menganjurkan aktiviti kebajikan itu.

Datuk Hazani Ghazali sekalu Pesuruhjaya Polis Sabah memaklumkan pihak polis tidak pernah menghalang atau mengeluarkan arahan untuk menghentikan program misi bantuan yang dianjurkan Ebit Lew itu. Bagaimanapun, Ebit Lew digalakkan untuk merujuk kepada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Seperti yang pernah direkodkan sebelum ini di Semporna, Sabah, terdapat banyak kes-kes penculikan untuk dijadikan tebusan. Pihak polis cuba untuk mengelakan dari hal seperti ini berlaku lagi.

Kes penculikan yang pernah berlaku di Semporna, Sabah.

Bahkan, pihak polis dan kerajaan Sabah mengalu dan menyokong program amal kebajikan dari mana-mana pihak bagi membantu golongan yang memerlukan.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *