LaparPo
Saharul Ridzwan Ditanya Tentang Harta “Sejujurnya Tak Ada Satu Pun Untuk Anak dan Isteri Saya”
Berita
Saharul Ridzwan

Pelakon dan usahawan terkenal, Saharul Ridzwan mengakui tidak meninggalkan harta buat isteri dan anaknya kecuali perniagaan yang diusahakannya.

Jawapan tersebut diberi dalam satu hantaran di akaun TikTok peribadinya hari ini.

Ini selepas Saharul dihujani pelbagai persoalan tentang keputusannya untuk menjual beberapa aset milik beliau sejak kebelakangan ini.

Beliau mengakui tidak meninggalkan satu harta pun buat isteri dan anak kerana bimbang melihat itu sebagai bebanan buat mereka.

Lantas, Saharul melihat perniagaan yang diusahakannya itu bukan saja satu legasi yang dapat diteruskan oleh keluarganya. Malah, beliau melihat ini sebagai satu cara untuk terus beramal.

“Secara jujurnya, saya tidak meninggalkan satu harta pun kepada anak dan isteri saya. Seandainya saya meninggal, saya bukan meninggalkan harta tetapi saya meninggalkan beban (kepada mereka). Minta-minta boleh selesailah.

“Satu perkara yang saya tinggalkan (dari segi) duniawi (ialah perniagaan). Sudah tentu kita meninggalkan harta untuk agama, sunnah dan buat anak, isteri dan keluarga kita.

“Perkara lain yang saya tinggalkan ialah perniagaan saya. Perniagaan itu juga merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.

“Kenapa perniagaan? Kerana dengan perniagaan, kita meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

“Perniagaan bukan mudah kerana perlu dijalankan dengan muamalat yang betul (dan) perlu mencuba sedaya upaya. Inilah perkara yang saya tinggalkan kepada keluarga saya,” katanya panjang lebar.

Saharul kini sibuk mengusahakan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan wajah jenama Qabilaa Skincare.