Berita
Daniel Petroni

Dikhabarkan sebuah rumah di Florida baru sahaja mendapat potongan harga dari harga asalnya yang terlalu tinggi.

Rumah tersebut berada di kawasan pulau persendirian Palm Beach dan baru sahaja disenaraikan semula dengan harga sekitar RM870 juta, termahal di dalam pasaran Florida.

Daniel Petroni

Walaupun terdapat diskaun pada harga rumah agam tersebut, ia kekal bukan sahaja menjadi tawaran kediaman paling mahal di negeri Florida, akan tetapi juga menjadi salah satu tawaran paling mahal di seluruh Amerika Syarikat.

Daniel Petroni

Rumah agam ini adalah bangunan tiga kuarters yang baru dibina sambil menggabungkan rumah asal 1930-an pulau itu, yang kini menjadi astaka tetamu dan kemudahan kesihatan.

Meskipun rumah tersebut baru sahaja siap dibina, namun ia mengekalkan citarasa dan seni bina klasik yang sangat sinonim dengan pulau berkenaan.

Daniel Petroni

“Ia adalah seni bina Palm Beach yang sangat ikonik,” kata Suzanne Frisbie dari Corcoran Group.

Pulau itu dijual oleh pemaju Todd Michael Glaser, bersama rakan kongsinya, membayar sekitar $85 juta untuk Pulau Tarpon pada Julai 2021, menurut The Wall Street Journal.

Daniel Petroni

Kediaman mewah ini boleh diakses dengan jambatan persendirian, kompaun ini menawarkan lebih daripada 28,600 kaki persegi secara keseluruhan, dengan rumah utama, rumah tetamu, kawasan kakitangan, garaj lima kereta dan kemudahan kesihatan yang mempunyai bilik urut, salun rambut dan kuku, bilik wap, sauna serta gimnasium di tepi pantai.

Daniel Petroni

Di sana terdapat juga fasiliti sukan seperti gelanggang tenis berlampu, ianya sesuatu yang jarang ditemui di Palm Beach selain dua dok persendirian, kolam yang pelbagai, bilik hiburan, bilik wain dan lif.