Nama hidangan ikan patin masak tempoyak cukup sinonim dengan daerah Temerloh, Pahang.
Dan pencinta hidangan ini kini tidak perlu pergi jauh kerana mereka boleh mendapatkannya di Rumah Makan Patin Pasu.
Terletak di Taman Melawati, Rumah Makan Patin Pasu menawarkan pelbagai menu hidangan Melayu Temerloh yang unik tapi lazat buat para pelanggan.
Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai pelanggan sudah pastinya ikan patin masak tempoyak. Bagi yang merasa hidangan ini, kuah tempoyak sedikit masam tapi diseimbangkan dengan kemanisan daging ikan patin.
Kombinasi dua elemen ini menjadikan ikan patin masak tempoyak Rumah Makan Patin Pasu bukan saja seimbang tetapi enak dimakan.
Dengan harga RM15, harga ini disifatkan berbaloi dengan kenikmatan hidangan berkenaan. Pelanggan boleh memilih sama ada mengambil bahagian kepala atau badan ikan patin untuk hidangan tempoyak mereka.
Selain ikan patin masak tempoyak, Rumah Makan Patin Pasu turut menawarkan dua hidangan unik lain iaitu pais ikan patin dan ikan kerai goreng.
Meskipun harga pais ikan patin ialah RM20, kelazatan hidangan itu membuatkan ramai pelanggan sentiasa bertumpu ke Rumah Makan Patin Pasu.
Bagi pelanggan yang belum pernah mencuba hidangan ikan darat dan jarang diketahui, maka ikan kerai goreng patut jadi pilihan.
Ini kerana ikan ini diambil secara segar dari kawasan hutan. Dengan statusnya sebagai ikan air tawar, kelembutan daging ikan kerai kekal utuh walaupun selepas digoreng.
Dengan harga RM12 untuk 100 gram ikan, ini menawarkan satu pengalaman berbeza buat pelanggan yang makan di Rumah Makan Patin Pasu.
Bagi yang ingin mencuba tiga hidangan yang dikatakan ini, boleh bertandang ke Rumah Makan Patin Pasu yang terletak di alamat 9149, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang.