RIDER FOODPANDA TERIMA TIPS RM1000 UNTUK MENDOAKAN SEORANG WANITA DIKURNIAKAN ZURIAT

By Ezzat Shukri

Pada hari ahad lepas bersamaan 21 Februari tular di media sosial mengenai seorang penghantar makanan (Food Panda) memuatnaik posting tentang dirinya menerima tips sebanyak RM1000 dari pelanggan.

Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih.. syukur dalam gembira pon ade tadi..sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu….mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah..

Di dalam bualan chat aplikasi Food Panda, pelanggan wanita itu meminta saudara Muhammad Faris Faizul untuk mendoakan dirinya dikurniakan zuriat.

Hal itu membuatkan Muhammad Faris tergaman dan membalas, ‘Ok kak, saya doakan akak semoga dapat zuriat dan semoga dimurahkan rezeki . Terima kasih banyak-banyak kak. Tak tahu nak cakap macam mana lagi

Dalam temu bual dengan Harian Metro, dia menjelaskan bahawa dia tidak benar-benar ingin mendedahkan kejadian itu di Facebook, tetapi berpendapat bahawa lebih banyak orang akan mendoakan wanita itu jika dia berkongsi cerita tersebut dengan orang lain.

Saya belum menyentuh duit itu, tetapi saya telah memikirkan untuk menyumbangkan sebahagiannya kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik kerana saya mahu perbuatan baik pelanggan terus berlanjutan. Siapa tahu, mungkin dengan sumbangan itu, Allah akan mengabulkan keinginan wanita untuk mempunyai anak.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *