LaparPo
Restoran Mamak Di Melaka Diarah Tutup Gara-Gara Pekerja Kencing Tepi Longkang
Berita
Malaysiagazatte

Sebuah restoran mamak di jalan Hang Tuah, Melaka diarah tutup selama 14 hari selepas satu operasi mengejut dijalankan.

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri itu mendapati keadaan premis terlalu kotor, susulan tular satu rakaman pekerjanya membuang air kecil di tepi longkang berhampiran restoran tersebut.

Timbalan Pengarah JKN (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Dorothy Dayang Henry Sum berkata, tahap kebersihan restoran itu tidak memuaskan termasuk penemuan puntung rokok di stor penyimpanan barang.

Pemilik kedai tersebut turut mendapat empat notis kompaun berjumlah RM1,500 termasuk dua notis di bawah Peraturan 33 berkaitan kebersihan diri pekerja yang dikenakan oleh pihak JKN.

Pemilik kedai itu mengakui sudah menyediakan tempat seperti tandas, namun dalam masa yang sama tandas itu ada masalah ketiadaan air.

“Keadaan ini menyebabkan pekerja terpaksa pergi ke tempat lain menggantikan fungsi tandas,” ujar pemilik kedai.

Restoran ini pernah ada rekod diarah tutup kerana kotor, dan ini kali dua pihak JKN mengarahkan premis itu tutup disebabkan tular satu rakaman yang tidak menyenangkan orang ramai.