LaparPo
Resipi Sup Ayam Thailand Buat Air Liur Meleleh
Resipi
Che Sayang Kitchen

Sebut saja sup ayam, hidangan ini menggamit selera baik bagi yang sudah berkeluarga mahupun yang berstatus bujang. Lagi kalau makan bila tiada selera atau dalam keadaan kurang sihat.

Jadi, Sup Ayam Thailand amat sesuai bagi orang yang mencari sedikit kelainan untuk resepi sup ayam.

Dan menariknya, hidangan ini mudah disediakan oleh sesiapa. Tak perlu garu kepala cari bahan, bahan-bahan untuk Sup Ayam Thailand ini pun mudah didapati di mana-mana.

Bahan-Bahan Resepi Sup Ayam Thailand

Minyak masak
Bawang merah yang ditumbuk
Bawang putih yang dtumbuk
Lengkuas
Akar ketumbar
Serai yang telah dititik
Bunjut rempah sup Thailand/Bunjut rempah sup biasa
Lada hitam
Ayam
Lobak merah
Air kosong
Cili padi
Bawang
Garam
Gula
Perasa
Tomato
Daun ketumbar
Limau nipis

Langkah-langkah:

  • Hidupkan api dan masukkan minyak masak dalam periuk. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk, sedikit lengkuas dan akar ketumbar.
  • Tumis sebentar semua bahan dalam periuk sehingga naik bau.
  • Masukkan serai yang telah dititik dalam periuk.
  • Kacau sebentar sebelum masukkan bunjut rempah sup Thailand. Kalau tiada bunjut rempah sup Thailand, boleh gunakan bunjut rempah sup biasa sebagai alternatif.
  • Masukkan lada hitam sebelum masukkan potongan ayam satu persatu ke dalam periuk.
  • Kacau sebentar sehingga ayam sedikit kecut. Kemudian, masukkan potongan lobak merah dan air kosong secukupnya.
  • Apabila air sup sudah mendidih, masukkan potongan bawang, cili padi, gula, garam dan perasa.
  • Masukkan juga tomato, daun ketumbar dan air perahan limau nipis bagi menambah rasa sup.
  • Kacau sehingga masak dan boleh dihidangkan.
@chesayang_kitchen

Episod 43 | Resepi Sup Ayam Thailand | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Che Sayang Kitchen Nak Kongsi Resepi Sup Ayam Thai Yang Sedap & Mudah Untuk Semua 😁 #resepichesayang #chesayangkitchen #makan #resepimudahsimple #supayam #foodie

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Selamat mencuba dan nikmati keenakan Sup Ayam Thailand!