Resipi Simple Mee Kari Kaw!

By Shifa

RESIPI MEE KARI KAW!! MUDAH DAN SEDAPPP

RMO punya pasal, Pening nak masak apa. Mai cuba resipi mee kari !

Anda mesti dah lalui saat saat bosan kat rumah sebab RMO kan ? Hari hari kena fikir nak masak apa, nak makan apa, anak anak nak makan apa semua tu kan ? Yela kes pula makin menaik, bukan menurun, kawalan gerakkan pun dah dipanjangkan. Duk rumah asyik masak jela, kalau tak masak nak buat apa pulak ???

Okay, Jom start masak Mee Kari Kaw !

Bahan² kering

  • Mee
  • bawang merah 2 biji*
  • bawang putih 5ulas*
  • halia*
  • 4 sekawan
  • daun kari
  • rempah daging dan ikan
  • serbuk cili
  • santan

( bahan bertanda * di blendkan )

Bahan² basah

  • fishcall/fishcake
  • tauhu kering
  • ayam, kerang, udang ( ikot suka nak letak apa)

Cara Penyediaan Kuah Mee Kari

  • panaskan minyak didalam periuk
  • masukkan rempah 4sekawan dan daun kari
  • kemudian masukkan bahan yang telah diblend *
  • biarkan sehingga naik bau dan masak
  • tuangkan rempah kari deging dan ikan juga serbuk cili( untuk warna yg lebih menarik) | ( rempah daging boleh dituang terus ke dalam periuk ataupun bancuh dahulu*optional)
  • kemudian biarkan sehingga pecah minyak
  • masukkan air dan biarkan rempah sebati dengan air dan menjadi kuah ( boleh guna air udang jika guna udang)
  • perasakan dengan garam, kiub ayam, aji dan gula*optional
  • biarkan mendidih, kemudian masukkan santan (lagi banyak santan lagi pekat, ikot citarasa)
  • pelahankan api, jangan biarkan santan pecah nanti kuah tak cantik.
  • dalam masa yang sama masukkan semua bahan basah ( tauhu kering jangan lupa tau, penting tu )
  • biarkan mendidih, dan siap !

Hidangkan bersama mee yang telah dibasuh, celur, juga bawang goreng, daun sup/bawang, taugeh ( celur )

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *