Ramai orang bujang tercari-cari resepi enak tetapi mudah disediakan. Tak perlu pening-pening, cuba saja Ayam Thai Versi Bujang.
Resepi ini bukan saja mudah disediakan tetapi rasanya juga enak sehingga menjilat jari.
Jadi, mari lihat resepi Ayam Thai Versi Bujang di bawah.
Bahan-Bahan Ayam Thai Versi Bujang
Ayam:
Dua keping potongan ayam
Satu akar ketumbar yang ditumbuk
Tiga ulas bawang putih yang ditumbuk
2-3 sudu besar sos tiram
Satu sudu besar kicap manis
Satu sudu teh kicap ikan
Satu sudu teh serbuk lada hitam
Sos:
Satu sudu besar gula Thai
Satu sudu teh asam jawa
2-3 sudu besar kicap ikan
Air limau (ikut tahap kemasaman yang dimahukan)
Air kosong
Dua sudu besar serbuk cili kasar
2-3 cili padi yang ditumbuk
Perasa yang disangai
Daun ketumbar
Bawang merah
Langkah-Langkah
- Mula-mula, letakkan akar ketumbar dan bawang putih yang ditumbuk atas ayam.
- Kemudian campurkan dengan serbuk lada hitam, sos tiram, kicap manis dan sedikit kicap ikan.
- Gaulkan ayam dengan semua bahan sehingga sebati.
- Kemudian, masak dalam penggoreng udara selama 12 minit dengan suhu 180°C.
- Untuk sos Thai pula, campurkan gula Thai dengan sos ikan, asam jawa dan perahan limau.
- Kemudian, masukkan sedikit air kosong dalam campuran. Gaul dulu bahan sehingga sebati.
- Selepas itu, letakkan serbuk cili kasar, cili padi yang ditumbuk, daun ketumbar, bawang merah, perasa yang telah disangai dan sedikit gula.
- Kacau sehingga sebati sebelum dihidangkan bersama ayam.
Selamat mencuba dan nikmati kelazatan Ayam Thai Versi Bujang!