Satu kejadian yang dianggap tidak masuk akal apabila seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dibelasah sekumpulan samseng remaja atas alasan pelajar tersebut memiliki raut wajah yang terlalu kacak.
Selepas kejadian, pelajar bernama Mooyang itu tidak sedarkan diri dan terus dikejarkan ke Hospital Bandung Crown Prince di Thailand pada 11 Februari lalu.
Menurut laporan daripada TheThaiger difahamkan Mooyang ketika itu sedang menuju ke kedai gunting rambut bersama empat rakannya.
Mooyong memberitahu, dia bersama empat rakannya pergi ke kedai gunting rambut pada hari itu dan terserempak dengan sekumpulan empat remaja dalam perjalanan. Kumpulan itu memaksa mereka menghentikan motosikal dan mencabar mereka untuk bergaduh.
Apabila Mooyong bertanya tentang punca mereka memukulnya, kumpulan itu menjelaskan mereka cemburu dengan ketampanan yang dimilikinya.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada anggota polis di kawasan itu mahupun pihak berkuasa pentadbiran berhubung kes itu.