LaparPo
Rasai Suasana Masjidil Haram, 7000 ‘Pejuang Subuh’ Hadir Di Masjid Shah Alam
Inspirasi
Alif Satar

Kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang tular sejak beberapa minggu yang lalu telah berlangsung di lokasi Masjid Shah Alam pada Sabtu yang lalu.

Kempen yang dianjurkan oleh artis terkenal, Alif Satar ini meraih sokongan ramai dan kira-kira hampir tujuh ribu orang menyertai kempen yang dijalankan di masjid ini minggu lalu.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh Alif sendiri, beliau sebak melihat jemaah ‘Pejuang Subuh’ yang hadir dan merasai susasana Subuh berjemaah seakan-akan di Masjidil Haram.

Ditambah pula apabila ribuan jemaah tersebut bersama-sama mengaminkan bacaan Al-Fatihah yang menimbulkan kesyahduan di hati beliau.

”Alhamdulillah, dekat 7000 orang hari ini solat jemaah di Masjid Negeri Selangor. Dapat vibe Masjidil Haram hari ini. Sebak bila ramai ‘Aamiin’kan Al-Fatihah tadi”, tulis Alif di kapsyen Instagram beliau.

Di dalam video berkenaan, Alif yang berada di saf hadapan merakamkan suasana para jemaah yang berada di belakangnya ketika azan Subuh dilaungkan.

Selepas solat, Alif dan para jemaah #GengSubuhMacamJumaat memulakan aktiviti rekreasi dengan berjoging di sekitar Tasik Shah Alam yang bersebelahan dengan masjid tersebut.

Alif juga berharap aktiviti subuh berjemaah dan pergi bersukan di pagi hari ini dapat menjadi norma baharu dalam kehidupan masyarakat di Malaysia dan juga pencetus kepada negara-negara jiran yang lain.