LaparPo
Rakyat Jepun Berpuas Hati Dengan Kualiti Animasi Malaysia, Mechamato Movie
Berita

Rakyat Jepun kelihatan berpuas hati dengan kualiti yang terkandung dalam siri animasi dari Malaysia, Mechamato yang mula menembusi pasaran di sana.

Perkara ini dikongsikan oleh pakar animasi Malaysia, Nizam Razak tentang respon positif yang diterima dari negeri matahari terbit itu.

Movie ini merupakan siri animasi 3D pada tahun 2022 yang telah dihasilkan oleh Animonsta Studios dan merupakan siri animasi daripada siri seni animasi Mechamato.

Perkongsian Nizam menunjukkan rata-rata warga Jepun berminat untuk menonton siri animasi itu.

“Reviu dari penonton dari Jepun sudah masuk! Mechamato Movie menepati citarasa di sana. Ada harapan untuk karya MONSTA untuk terus disajikan di Jepun dan serata dunia.”

“Not in our wildest dream kami dapat tayangkan hasil kerja kami di Jepun. “Kita hanya merancang dan cuba buat sehabis baik, Allah yang penentu segalanya. Harap langkah kecil ini akan semakin lama, semakin besar insyaAllah,” ujarnya.

Antara maklum balas yang dikongsikan adalah seperti berikut:

“Pengalaman meninton movie Mechamato merupakan pertemuan dengan rakan misteri dari angkasa lepas dan permulaan pengembaraan. Perasaan remaja tentang persahabatan antara dua orang dan kisah yang mempersoalkan tanggungjawab menjadi hero menjadikannya klasik. Sebab itu masa larian yang hampir dua jam itu memalukan. Saya faham perasaan anda, tetapi saya ingin melihat sesuatu yang mengandungi perasaan itu.”

“Saya menontonnya dengan anak-anak saya. Ia boleh dinikmati oleh semua orang dari dewasa hingga kanak-kanak (walaupun pelajar sekolah menengah). Persahabatan, keberanian, dan Tanggungjawab. Saya fikir ia akan menjadi anime wira untuk kanak-kanak, tetapi ia tidak begitu berkualiti.

“Saya juga menonton anime yang membuat saya ketawa di beberapa tempat, tetapi filem itu mempunyai kualiti yang berbeza,” ujar warga Jepun itu.