LaparPo
Rahman’s Briyani Beri Sentuhan Baru Kepada Penggemar Briyani
Berita
Laparpo

Bagi penggemar nasi briyani yang inginkan kelainan, Restoran Rahman’s Briyani di Batu Gajah, Perak dilihat mampu memenuhi selera mereka.

Ini kerana pencinta makanan tersebut boleh memilih sama ada Nasi Briyani Ayam atau Nasi Briyani Lamb Shank (daging paha kambing biri-biri) pada harga yang berpatutan.

Bagi yang memilih Nasi Briyani Ayam, pelanggan akan mendapat nasi briyani, acar timun, kurma ubi dan ayam vanggey dengan harga RM9.50.

Pelanggan yang merasai nasi briyani terlebih dahulu akan mendapati nasi cukup dengan perasa. Digabungkan lagi dengan lauk-lauk yang dinyatakan, ini menjanjikan pengalaman makanan yang lazat buat pelanggan.

Ini termasuk ayam vanggey. Walaupun sedikit pedas, ini tidak menjejaskan kenikmatan pelanggan merasai Nasi Briyani Ayam di Rahman’s Briyani.

Bagi yang inginkan protein berbeza selain ayam, mereka boleh mencuba Nasi Briyani Lamb Shank dengan harga RM35.00. Kelazatan hidangan tersebut dilihat berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Pencinta makanan yang mencari kelainan selain nasi briyani boleh mencuba Nasi Kandar atau Nasi Vanggey.

Selain nasi, pelanggan bakal mendapat telur rebus, bendi dan ayam goreng dengan harga berpatutan iaitu RM10.50.

Hidangan ini bukan saja cukup dengan rempah tetapi juga sedikit pedas tanpa sedikitpun menjejaskan kelazatan hidangan tersebut.

Di Rahman’s Briyani, pelanggan juga boleh memilih dua hidangan mi goreng berbeza iaitu Mi Goreng Sultan dan Mi Goreng Lamb Shank Sultan.

Mi Goreng Sultan Rahman’s Briyani popular dalam kalangan pelanggan sehingga tular di media sosial. Ramai menggemari mi ini kerana penuh dengan pelbagai jenis lauk seperti sotong dan telur rebus dan cuma berharga RM9.00.

Manakala pelanggan yang mahukan protein pula boleh memilih Mi Goreng Lamb Shank Sultan dengan harga RM29.00.

Pencinta briyani tidak perlu risau kerana Rahman’s Briyani dibuka 24 jam. Restoran ini terletak di 1, Pusat Komersial, No. 7, Persiaran, Taman Batu Gajah Perdana, 31000 Batu Gajah, Perak.