Pulut Pelam Harum Manis

By Hapeaceuddin

Musim pelam harum manis kan lani. Ha kalau belah utara ni kami panggil manga tu pelam/mempelam. So jangan keliru nah. Alang-alang musim pelam harum manis ni, apa kata kita buat pulut pelam. Fuhhh mesti sedap punya! Bahan-bahan yang hampa perlukan ialah :
Bahan Pulut
• 2 1/2 cawan beras pulut
• 1 cawan santan

Bahan Kuah Santan
• 3 cawan santan
• 3/4 cawan gula
• 1/2 tspn garam
• Sedikit air
• 1 1/2 tbsp tepung jagung
• 2 helai daun pandan
• Buah manga

  1. Rendam beras pulut selama 2 jam dan kukus selama 10 minit.
  2. Kemudian gaulkan pulut separuh masak dengan santan. Sambung kukus hingga pulut masak.
  3. Di dalam pariuk, masukkan santan, air tepung jagung dan gula.
  4. Kacau rata. Kemudian masukkan garam dan pandan. Kacau hingga masak.

Dah siap dah pulut pelam hampa. Sebenarnya tak kisah pon pelam apa hampa pakai sama ja. Cuma kalau pakai harum manis lagi kaww la rasa dia. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *