PULAU PINANG PERLU BERSEDIA

By: Afiq

Berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negeri. Menteri Besar Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberi nasihat kepada seluruh penduduk Pulau Pinang agar bersedia dari segi sektor ekonomi berikutan pengumuman yang akan diadakan pada 4 petang ini oleh Perdana Menteri Malaysia.

“Kita sedang menunggu hasil daripada rundingan serta sesi libat urus ini, dan bagi negeri Pulau Pinang adalah tertakluk kepada berapa ketat syarat-syarat PKP atau kelonggaran diberikan kepada sektor-sektor tertentu.

“Jadi, pengalaman lalu telah mengajar kita bahawa setiap sektor akan menerima impak yang berlainan bergantung kepada jenis perniagaan, operasi dan sebagainya.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua persatuan berhubung dengan sektor ekonomi juga perlu bersiap sedia untuk merangka langkah-langkah bagi menghadapi kemungkinan ini,” katanya.

Ramai yang akan terjejas dari segi pendapatan dan kehilangan kerja berdasarkan PKP yang lalu. Admin doakan semoga usaha untuk mengurangkan penularan COVID-19 berjalan dengan lancar.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *