LaparPo
Proton Savvy & Dua Jentera Perodua Muncul Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia
Berita
Perodua

Kenderaan keluaran Proton-Renault, Proton Savvy dan dua buah kereta Perodua muncul selaku kereta paling jimat minyak yang pernah ada dalam pasaran Malaysia.

Rata-rata masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk memiliki kenderaan yang bukan sahaja berkuasa namun mampu untuk membantu bagi penjimatan minyak untuk jangka masa panjang.

Menerusi perkongsian oleh Pensyarah Kanan di Universiti Awam dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, beliau menyenaraikan lima jenis kereta yang jimat minyak di dalam pasaran Malaysia.

Kenderaan keluaran Toyota iaitu Toyota Yaris muncul kereta yang mampu melakukan penjimatan minyak dengan baik di tangga ke-5.

Penggunaan minyak Toyota Yaris ini difahamkan sebanyak 6 liter per 100 kilometer perjalanan. Keadaan ini boleh digambarkan menerusi perjalanan Kuala Lumpur hingga ke Melaka.

Pengisian minyak sekitar RM 24.00 anda sudah mampu pergi dan balik dari KL ke Melaka secara satu arah.

Kereta yang seterusnya ialah Perodua Bezza. Bezza mempunyai dua jenis varian enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Anggaran penggunaan Bezza dari varian 1.3 dengan penggunaan 4.5 liter per 100 kilometer perjalanan.

Sebuah lagi kereta yang mempunyai penjimatan minyak yang amat baik dari Perodua ialah kereta Perodua Axia. Penggunaan minyak Perodua Axia 4.2 liter per 100 kilometer perjalanan.

Sesebuah kereta mampu untuk meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur hingga Melaka dengan mengisi minyak sekitar RM17 sahaja.

Antara kereta dalam segmen hibrid yang mempunyai penjimatan minyak tahap tinggi ialah Honda City RS dengan penggunaan minyak 3.6 liter per 100 kilometer jarak perjalanan.

Kereta yang paling jimat penggunaan minyak seperti yang dinyatakan beliau ialah kereta Proton Savvy. Dengan penggunaan minyak 4 liter per 100 kilometer namun sudah tiada di pasaran pada tahun 2024 atas sebab tertentu.