LaparPo
Port Makan Kambing Sekilo Kini Ditemui
Berita
Laparpo

Bukan senang nak cari tempat makan daging kambing dengan puas. Bagi penggemar makanan di Kedah, ada satu restoran yang memberi pelanggan peluang berbuat demikian.

Di Restoran Big Bro di Guar Chempedak, pelanggan boleh menikmati hidangan kambing sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan.

Bagi yang datang secara berkumpulan, pelanggan patut mencuba Nasi Goreng Kambing Sekilo yang berharga RM75.

Hidangan ini dibawa ke meja pelanggan dalam bentuk dulang. Hidangan ini menampilkan nasi, daging kambing seberat 1kg dan tiga jenis sos iaitu sos lada hitam, sos cili Thai dan sos laprik.

Pelanggan merasa puas menikmati hidangan ini kerana rasa nasi goreng mengimbangi daging kambing yang dihidangkan.

Jika ada yang mahu makan versi kecil Nasi Goreng Kambing Sekilo, pelanggan boleh memesan Nasi Goreng Kambing pada harga RM26. Pelanggan tetap akan rasa puas kerana Restoran Big Bro menyediakan daging seberat 200 gram untuk hidangan ini.

Selain Nasi Goreng Kambing Sekilo, Restoran Big Bro turut menawarkan hidangan Mi Bandung Lamb Shank dengan harga RM39 dan Sup Gearbox dengan harga antara RM35 hingga RM45.

Kedua-dua hidangan ini menyediakan bahagian daging yang besar kepada pelanggan. Tidak kira apa jenis hidangan yang dipilih, pelanggan akan puas menikmati kelazatan hidangan pada harga berpatutan.

Pencinta makanan yang ingin merasai pengalaman makan daging kambing sekilo boleh bertandang ke Restoran Big Bro.

Restoran ini terletak di Lot 268, Jalan Alor Setar, Batu 19, 08800 Guar Chempedak, Kedah.