LaparPo
Pizza Unik Kini Diolah Dengan Rasa Asam Laksa
Berita
Laparpo

Pencinta pizza yang ingin merasa pizza yang unik, pergilah ke US Pizza. Ini kerana antara pizza unik yang ditawarkan kepada pelanggan ialah pizza yang mengandungi rasa asam laksa!

Pizza unik ini dikenali sebagai Asam Laksa Tempura Prawn Pizza. Pizza yang lain dari yang lain itu bukan saja menggunakan asam laksa sebagai komponen utama.

Malah, US Pizza turut meletakkan enam ekor udang yang digoreng secara tempura pada bahagian atas pizza berkenaan.

Dengan harga RM28.00, harga tersebut berbaloi dengan keunikan dan kelazatan pizza yang berinspirasikan hidangan popular Pulau Pinang itu.

Bagi pelanggan yang mahu menambah hidangan lain selain Asam Laksa Tempura Prawn Pizza, pelanggan US Pizza memiliki beberapa pilihan.

Sekiranya mereka membuat pesanan set Asam Laksa Tempura Prawn Pizza, mereka boleh mendapat Crazi Garlic Twist dan Iced American Tea pada harga RM38.00.

Bagi pelanggan yang mahu menambah makanan selain set yang dinyatakan, mereka boleh memesan sama ada Onion Ring, Parmisan Cheese Fries atau New York Chicken Wings.

Tidak kira apa pilihan tambahan makanan yang diambil, nilai yang ditawarkan berbaloi dengan pengalaman makan di US Pizza.

Bagi yang ingin mencuba pizza lain, mereka boleh mencuba Beef Pepperoni Pizza. Berbeza dengan Asam Laksa Tempura Prawn Pizza yang merupakan menu baru, Beef Pepperoni Pizza pula disediakan untuk hari-hari istimewa.

Jadi, bagi yang mahu meraikan keluarga, rakan-rakan atau teman teristimewa, pizza ini sesuai dengan keraian buat orang tersayang.

Kedua-dua pizza ini boleh didapati di semua cawangan US Pizza di seluruh negara. Dan ada tawaran menarik bagi yang mahu mendapatkan pizza US Pizza secara dalam talian.

Pelanggan boleh mendapat diskaun 50% pembelian pizza US Pizza di aplikasi US Pizza. Caranya dengan memasukkan kod promosi ‘PIZZA50’.