Pesakit (Covid-19) di Indonesia meninggal dibawa balik keluarga

By Hapeaceuddin

Telah tular satu video dari Indonesia di mana pesakit di bawah pengawasan (PDP) koronavirus yang meninggal di Kolaka, Sulawesi Tenggara dibawa pulang oleh ahli keluarga untuk dikebumikan secara normal. Keluarga pesakit nekad membawa pulang jenazah yang masih terbungkus dengan plastik yang telah disteril dengan menggunakan kereta peribadi bukannya dengan ambulans.

Pesakit berusia 34 tahun yang berasal dari Kolaka meninggal selepas 2 hari dirawat di rumah sakit Bahteramas Sulawesi Tenggara sebelum meninggal. Rumah sakit telah mengambil sampel namun keputusannya belum keluar. Keluarga pesakit merobek plastik yang telah disteril untuk dikapankan dan dikebumikan secara normal, bukannya dengan cara yang sepatutnya dilakukan untuk mangsa korban wabak koronavirus.

Dengan apa yang berlaku diharap keputusan yang bakal keluar bukanlah positif. Kalau positif semestinya satu keluarga dijangkiti koronavirus termasuk yang datang melawat. Bahkan mungkin satu kampung. Rakyat Malaysia sila ambil iktibar dengan apa yang terjadi. Jangan sesekali buat keputusan mengikut emosi dan kepala sendiri. Fikir secara waras dan jangan menyusahkan orang lain.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *