LaparPo
Perdana Menteri Pertimbang Mansuh Pencen Ahli Politik
Berita
Anwar Ibrahim

Keputusan mengenai pemansuhan pencen dalam kalangan ahli-ahli politik bakal dipertimbangkan.

Perkara ini disahkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media pada Jumaat.

Beliau berkata, secara prinsipnya beliau bersetuju agar pemansuhan skim saraan atau pencen ini diguna pakai kepada ahli-ahli politik.

Walau bagaimanapun, menurut beliau lagi, segala keputusan akan dipertimbangkan dan dimuktamadkan oleh jemaah menteri.

“Bagi ahli politik, apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik,” kata beliau kepada media.

“Kalau kita mula pada 1 Feb 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka perkara itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik,” tambah beliau lagi.

Baru-baru ini, telah timbul isu berkenaan pelantikan para penjawat awam yang baharu hanya secara kontrak sahaja dan tidak berpencen.