PERANTI UNTUK RAKYAT MARHAEN!!!!

By Luqhman 

Pada 26 Jun, Honor telah melancarkan sebuah peranti dengan tanda harga sebanyak “RM 549” sahaja. Peranti ini dikatakan mampu dimiliki oleh pengguna telefon pintar kelas bawahan namun spesifikasi yang terdapat di telefon pintar ini agak menarik.

Kelebihan utama peranti ini ialah menpunyai komposisi bateri yang sangat besar iaitu sebanyak 5000 mAh yang mampu bertahan selama 3 hari walaupun dijual dengan tanda harga yang sangat murah. Bagi bahagian paparan LCD hadapan ialah sebesar 6.3 inci dengan Full HD+. Kamera hadapanya juga menyokong pengimbasan muka. Peranti ini juga mempunyai fungsi mod gelapnya yang tersendiri.

Honor 9A ini didatangi dengan rekaan yang agak tebal daripada Honor 9x, Honor 9x Pro dan Honor 9x Lite dan mampu dipegang dengan selesa kerana mempunyai rekaan yang melengkung dibahagian tepinya. Peranti ini didatangi dengan 3 pilihan warna iaitu Phantom Blue, Mid Night Black dan Ice Green. Panel belakang peranti ini direka dari Plastic Glossy. Cip pemprosesannya merupakan Mediatek Helio P22, storan ROM sebanyak 64 GB dan sistem operasinya ialah Android 10 & Magic Ui 3.1. Peranti ini juga disokong oleh kad mikro SD sehingga 512 GB, 2 sim kad nano dan 1 slot SD kad.

Kamera utama peranti ini juga disusun kebawah dan terdapat pengimbas cap jari biometrik ditepinya. Kamera utama peranti ini didatangi dengan kamera 13 megapixels, 5 megapixels superwide angle dan 2 megapixals depth kamera. Manakala kamera hadapan ialah 8 megapixals dan rakaman video bersaiz 10 ATP atau 30fps. Kamera utama juga menyokong gambar berbentuk panorama, HDR dan mempunyai kamera “beauty”. Bagi pembesar suara peranti ini mempunyai pembesar suara yang dikuasakan oleh Smart PA dan sistem Huawei hilitan 6.0. Manakala audio jack pula bersaiz 3.5mm dan menggunakan pengecasan USB 2.0. Namun, kelemahan peranti ini ialah tidak mempunyai Google Service dan akan menjadi agak panas semasa bermain permainan atas talian.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *