LaparPo
Penjawat Awam Baharu Kini Tidak Akan Terima Pencen
Berita
CUEPACS

Penjawat awam baru kerajaan tidak akan menerima pencen seperti yang dinikmati kakitangan dan pesara kakitangan awam sekarang.

Sebaliknya, mereka hanya akan mendapat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mendapat sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sempena sempena lawatannya ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) semalam.

Hal ini telah mendapat kelulusan Kabinet dengan tempoh pelaksanaannya akan diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Kerajaan turut memberi jaminan status pencen bagi penjawat sedia ada tidak terjejas dengan pengumuman ini. Ini kerana pengumuman itu hanya terpakai kepada penjawat awam baru.

Langkah ini dibuat kerajaan selepas membuat penilaian ke atas sistem saraan sedia ada. Sekiranya sistem yang ada tidak dipinda, kerajaan berpotensi menanggung kos kewangan berjumlah RM120 bilion setahun menjelang tahun 2040.

Ketika ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengetuai Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA). Hasil kajian JIKSPA ini bakal menjadi dasar baru kerajaan terutama dalam soal pencen penjawat awam.

Semua penjawat awam kerajaan ketika ini diberi dua pilihan dari segi skim pencen. Pilihan mereka sama ada menerima bayaran pencen tetap selepas bersara atau membuat caruman dengan KWSP.